Berita UtamaDunia

Kapal pertama bawa gandum dari Ukraine berlabuh di Turki

18 kapal berlepas sejak dua minggu lalu berikutan perjanjian dengan Russia

ISTANBUL, 17 Muharram 1444H, Isnin – Kapal pertama yang membawa gandum dari Ukraine – yang akan dieksport menerusi perjanjian diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Istanbul pada Ahad.

Kapal berbendera Belize itu adalah yang pertama melalui Laut Hitam sejak pencerobohan Russia.

Kapal Sormovsky itu telah dimuatkan dengan 3,050 mt gandum dan meninggalkan pelabuhan Chornomorsk di Ukraine pada Jumaat.

Rakaman Reuters menunjukkan kapal itu menyeberangi Selat Bosphorus dan berlabuh di sana, menunggu pemeriksaan.

Ia adalah penghantaran pertama gandum dari Ukraine bersama-sama dengan Russia, menyumbang hampir satu pertiga daripada eksport gandum global sebelum 24 Februari, apabila Moscow melancarkan apa yang disifatkannya sebagai ‘operasi khas’.

Sebanyak 18 kapal kini telah berlepas dari Ukraine sejak dua minggu lalu, berikutan perjanjian dengan Russia untuk membenarkan semula eksport bijirin dari pelabuhan Laut Hitam Ukraine, selepas ia terhenti selama lima bulan akibat perang.

Perjanjian itu – yang diuruskan oleh PBB bersama Turki – dicapai bulan lalu di tengah-tengah kebimbangan bahawa kehilangan bekalan bijirin Ukraine akan membawa kepada kekurangan makanan yang teruk dan juga wabak kebuluran di beberapa bahagian dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button