Berita Utama

Apa tindakan majikan pastikan keselamatan pekerja terjaga?

Berapa ribu lagi kes baru syarikat disiasat patuh kepada SOP?

BANGI, 15 Syawal 1442H, Khamis – Apakah tindakan majikan bagi memastikan keselamatan pekerja terjaga?

Demikian persoalan dibangkitkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Ihsanuddin Abbas susulan keputusan kerajaan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh di seluruh negara.

Menerusi catatan di Facebook, Dr Ihsanuddin menegaskan bahawa tanggungjawab majikan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja terjaga.

Justeru beliau mempersoalkan sama ada kilang-kilang dan tapak bina kini masih lagi selamat dari risiko jangkitan.

“Apakah tindakan majikan bagi memastikan keselamatan pekerja terjaga?

“Berapa ribu lagi akan terkena jangkitan dan kuarantin barulah syarikat-syarikat akan diperiksa siasat kepatuhan mereka kepada SOP?,” soalnya

Semalam, Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,478 menjadikan kes keseluruhan COVID-19 meningkat sebanyak 533,367.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,455 disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640) Johor (587) dan Kelantan (547).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button