Berita Utama

Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu

Pelantikan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024

SHAH ALAM, 17 Muharam 1444H, Isnin – Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.

Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

“Hari ini, Baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak,” menurut kenyataan itu.

Nooh memegang jawatan sebagai Mufti Johor yang ke-11 pada 1999 hingga 2008. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button