Berita Utama

Persediaan perang perlu elak negara dibuli

Jangan bersikap pasif tunggu saja serangan musuh

BANGI, 17 Muharram 1444H, Isnin – Krisis pencerobohan Lahad Datu wajar dijadikan iktibar bahawa pihak berkuasa perlu bersedia untuk berperang dengan melengkapkan persenjataan canggih serta menggunakan teknologi sebaik mungkin bagi memperkuatkan negara.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, persediaan untuk berperang – jika mahukan keamanan – perlu dilakukan agar negara tidak dibuli.

“Justeru, kita mesti berwaspada dan mempersiapkan pasukan pertahanan dan keselamatan yang kuat dan selalu siap siaga setiap saat.

“Dengan kesiapsiagaan ini akan membuatkan musuh-musuh Islam gentar dan tidak akan menyerang,” katanya menulis di ruangan kolumnis Ismaweb.net hari ini.

Selain itu, beliau beranggapan amat malang sekali, tidak ada negara Islam yang berada dalam ranking 10 terkuat di dunia.

Katanya, umat Islam tidak boleh bersikap pasif, hanya menunggu saja sampai ada serangan musuh dibuat, baru terhegeh-hegeh membuat persiapan.

“Ketika itu sudah terlambat, seperti yang sedang kita saksikan beberapa isu keselamatan yang amat serius sedang dihadapi.

“Kita sebuah negara kaya, malangnya kita miskin dalam soal keselamatan dan pertahanan.

“Bersegeralah perkuatkan pertahanan negara dengan persenjataan canggih mungkin dengan kemampuan yang ada,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button