Berita UtamaDunia

Tentera Israel bunuh rakyat Palestin dalam serbuan di Baitulmaqdis

Shaham meninggal dunia selepas ditembak di kepala

BAITULMAQDIS, 17 Muharam 1444H, Isnin – Seorang lelaki Palestin ditembak mati awal pagi tadi oleh pasukan tentera khas Israel selepas menceroboh rumah keluarganya di kejiranan Kufr Aqab, Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Menurut bapa Mohammed Al-Shaham, pasukan tentera khas menceroboh masuk ke rumah mereka pada jam tiga pagi dan segera melepaskan tembakan selepas keluar dari bilik untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, dia segera berlari masuk semula ke bilik manakala anaknya berusia 21 tahun ditembak di kepala.

Tentera meninggalkan anaknya dalam keadaan parah selama 40 minit sebelum membawa pergi, katanya sambil menambah bahawa keluarga itu tidak mengetahui lokasi atau keadaan anak mereka selepas itu.

Tentera Israel kemudian berkata, Shaham meninggal dunia akibat kecederaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button