Dunia

375 rakyat Palestin ditahan Israel setakat Julai

Jumlah termasuk 28 kanak-kanak, 191 tahanan pentadbiran baharu

RAMALLAH, 18 Muharam 1444H, Selasa – Sejumlah 375 rakyat Palestin dari wilayah yang diduduki telah ditahan oleh pasukan pendudukan Israel setakat bulan Julai lalu.

Jumlah itu termasuk seramai 28 kanak-kanak dan dua wanita, selain mengeluarkan 191 perintah tahanan pentadbiran baharu serta 126 pembaharuan penahanan.

Menurut kumpulan penyokong tahanan, jumlah tertinggi direkodkan adalah penahanan dari Baitulmaqdis yang diduduki iaitu seramai 128 orang.

Katanya, Israel kini menahan 4,550 pejuang kemerdekaan Palestin di penjaranya, termasuk 27 wanita dan 175 individu bawah umur serta 670 diletakkan di dalam penahanan pentadbiran.

Kumpulan itu berkata, tentera Israel menahan purata 15 rakyat Palestin setiap hari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button