Berita Utama

Cadangan tubuh RCI siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok

'Ini tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet': Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 18 Muharam 1444H, Selasa – Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dibawa ke Kabinet, esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara hari ini, berkata beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri perkara itu untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

β€œIni tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet esok dan saya akan lakukan. Kabinet juga perlu persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penubuhan sesuatu RCI,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara hari ini yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.

Hishammudin juga berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada April lepas, Kementerian Pertahanan (Mindef) akan meneruskan projek LCS bagi kepentingan TLDM dalam perancangan melihat masa hadapan isu LCS tersebut. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button