Dunia

China gesa penglibatan masyarakat dunia dengan Taliban

Desak AS keluarkan dana Afghanistan dibeku dari bank pusat

GENEVA, 18 Muharam 1444H, Selasa – China mengulangi gesaannya supaya masyarakat antarabangsa terbabit dengan Taliban – pemerintah de facto Afghanistan.

Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) China, Zhang Jun berkata, penting untuk terlibat dengan pentadbiran baharu itu bagi memberi bimbingan dan keyakinan kepada mereka supaya boleh bergerak ke hadapan.

Walaupun China tidak mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan sah Afghanistan, namun begitu ia mempunyai hubungan diplomatik dengan kumpulan itu.

Perebutan kuasa Taliban selepas hampir 20 tahun mengejutkan dunia dan membawa kepada pengunduran tenteran pimpinan Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan.

“Mereka yang telah menarik diri juga harus melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Mereka tidak boleh begitu sahaja mengatakan mereka berundur dan melupakan segala-galanya,” kata Zhang.

Pada masa sama, beliau juga menggesa supaya dana Afghanistan yang masih dibekukan di AS, dikeluarkan dari bank pusat negara itu secepat mungkin.

Katanya, tiada justifikasi bagi sesiapa untuk membekukan aset milik Afghanistan.

AS telah merampas hampir AS$9 bilion dana Afghanistan sejak pengambilalihan Taliban, dengan pentadbiran Joe Biden membahagikan aset beku antara mangsa serangan pengganas 11 September 2001 dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button