Berita UtamaDunia

Gaji guru di Singapura bakal naik antara lima hingga 10 peratus

37,400 pendidik bakal terima manfaat peningkatan gaji

SINGAPURA, 18 Muharam 1444H, Selasa – Guru, pendidik bersekutu (AED) dan guru prasekolah di tadika Kementerian Pendidikan (MOE) akan mendapat kenaikan gaji antara lima dan 10 peratus mulai Oktober.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOE memaklumkan, kira-kira 35,000 pegawai pendidikan atau guru, dan 1,600 pendidik bersekutu akan mendapat kenaikan gaji, begitu juga 800 pendidik di tadika kendaliannya.

Gaji untuk guru dan pendidik bersekutu kali terakhir disemak pada 2015.

Selain itu, Pegawai Pendidikan Am (GEO) gred 5A baharu akan diwujudkan mulai 2023, supaya pegawai yang tidak memegang jawatan kakitangan penting dan berprestasi baik boleh naik ke gred ini, selain mendapat manfaat daripada siling gaji lebih tinggi.

MOE juga akan meningkatkan pelan pengekalan 30 tahun untuk guru, dikenali sebagai Pelan Sambung, mulai 2023 dengan peningkatan keseluruhan kira-kira 20 peratus.

Pelan itu akan mempunyai nisbah kuantum deposit tahunan dan pembayaran yang lebih tinggi untuk menyokong guru dengan lebih baik pada tahun-tahun awal kerjaya mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button