Berita Utama

Keutamaan vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun dengan masalah kesihatan

Mereka yang tiada penyakit juga akan dipertimbangkan

PUTRAJAYA, 5 Muharram 1443H, Sabtu – Golongan remaja berumur 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin namun keutamaan adalah kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagaimanapun bagi remaja berumur 16 dan 17 tahun, mereka yang mempunyai atau tanpa masalah kesihatan tertentu turut akan dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan data baharu pada 16 Jun yang dilihat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengandungi suntikan untuk golongan itu.

“Jadi NPRA telah meluluskan tetapi untuk pelaksanaan bergantung kepada keutamaan ialah mereka berumur 12 tahun ke atas kalau ada penyakit-penyakit lain contoh kanser darah.

“Untuk 16 dan 17 tahun, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang ada penyakit yang dikenal pasti sebelum diberi vaksin manakala mereka yang tiada penyakit juga akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata pada peringkat awal, Pfizer mengemukakan kepada NPRA cadangan iaitu golongan umur 16 tahun ke atas divaksinasi, tetapi data untuk golongan umur itu tidak kukuh apabila mereka menggunakan ekstrapolasi daripada usia dewasa.

Dr Noor Hisham berkata bagi golongan berumur 12 tahun ke atas yang sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu data terkini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button