Berita UtamaDunia

New Zealand hantar 120 tentera ke UK latih perajurit Ukraine

Latih mereka kendali senjata, pertolongan cemas dan perundangan

WELLINGTON, 18 Muharam 1444H, Selasa – Kira-kira 120 tentera New Zealand dikerahkan ke United Kingdom (UK) bagi melatih perajurit Ukraine bagi menghadapi menentang Russia.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, dua pasukan ketenteraan akan membantu kira-kira 10,000 perajurit Ukraine dalam aspek pengendalian senjata, pertolongan cemas dan perundangan.

Pasukan ketenteraan berkenaan akan berlepas ke UK dalam tempoh tiga minggu lagi sehingga hujung November depan.

Bagaimanapun, mereka tidak akan memasuki Ukraine.

Ardern menjelaskan, pihaknya menyedari serangan yang dilakukan secara terang-terangan terhadap kedaulatan Ukraine sehingga mengorbankan ribuan nyawa tidak bersalah merupakan satu kesilapan.

“Kecaman kami akan melampaui perkataan termasuk sokongan praktikal,” kata Ardern.

Pihaknya melihat kepentingan terkini untuk Ukraine adalah mengukuhkan lagi pasukan pertahanan negara dan rakyat.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Peeni Henare berkata, kurang dua minggu lalu Kabinet New Zealand mempertimbangkan penempatan baharu bagi membantu Ukraine.

Katanya, UK pula mengajak New Zealand menyumbang usaha dengan melatih tentera Ukraine.

Latihan berkenaan berdasarkan kursus latihan asas tentera. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button