Berita UtamaDunia

Tiga juta rumah berisiko banjir di UK

Sedia beg untuk telefon bimbit, dokumen insurans dan wang tunai kecemasan

LONDON, 18 Muharam 1444H, Selasa – United Kingdom (UK) berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir kilat kerana gelombang haba yang semakin reda membuka jalan kepada hujan lebat dan ribut petir, kata laporan.

Dalam buletin hari ini, Met Office, perkhidmatan cuaca kebangsaan UK, memberi amaran tentang ‘banjir luar biasa’ yang boleh menyebabkan tiga juta rumah pada risiko banjir minggu ini selain menyebabkan gangguan perjalanan.

Ia mengarahkan isi rumah untuk menyediakan beg yang mengandungi telefon bimbit, dokumen insurans dan wang tunai kecemasan, ketika negara bersiap sedia menghadapi huru-hara lalu lintas dan bekalan elektrik terputus akibat banjir dalam beberapa hari akan datang.

Amaran ribut petir kuning Met Office untuk kebanyakan negara dijangka kekal di seluruh Selatan England pada hari Rabu.

Menurut amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Pejabat Met, hujan dan ribut petir yang bermula pada Ahad akan berterusan sehingga Rabu, sekali gus menamatkan gelora salah satu gelombang haba paling kering dalam rekod.

Sebahagian dari Devon dan Cornwall di barat daya England telah dinaiki air, menyebabkan jalan raya ditenggelami air.

Amaran banjir juga telah dikeluarkan untuk bahagian barat London, mendorong orang ramai untuk mengambil langkah kecemasan untuk krisis yang akan datang.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata beliau telah menulis kepada puluhan ribu warga London yang tinggal di rumah yang mungkin terjejas akibat banjir kilat, menyeru mereka untuk menghubungi Floodline, atau mengikut arahan laman web pihak berkuasa tempatan mereka untuk ‘meminimumkan’ kesan banjir pada mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button