Berita Utama

UMNO beri gambaran tidak akan bekerjasama dengan PAS di Kedah

Kesal sifatkan UMNO kini tidak sekuat dahulu: Mahdzir Khalid

BANGI, 18 Muharam 1444H, Selasa – UMNO Kedah memberi gambaran untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu dibuat selepas rasa kesal dengan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang menyifatkan UMNO kini tidak sekuat dahulu selain yakin mampu menambah kerusi dimenangi berbanding PRU sebelum ini.

“Muhammad Sanusi sepatutnya berunding dengan UMNO terlebih dahulu berhubung perkara itu bukannya buat kenyataan di media.

“Tindakan tersebut dilihat tidak sesuai selain bakal menimbulkan pertelingkahan serta burukkan lagi keadaan,” katanya seperti dipetik media, hari ini.

Malah, Mahdzir yang merupakan Ahli Parlimen Padang Terap menegaskan, setiap parti ada kekuatan masing-masing dan biarlah rakyat yang menentukan.

Sebelum ini, PAS Kedah melahirkan keyakinan mentadbir negeri itu sendiri dan memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan PRU15 dan sedia bekerjasama dengan UMNO sekiranya berminat.

Muhammad Sanusi berkata, PAS Kedah yakin dapat menambah bilangan kerusi yang boleh dimenangi berbanding 15 pada PRU14 berdasarkan kedudukan parti itu di Kedah kini dilihat semakin kukuh dan kuat.

Katanya lagi, UMNO boleh ‘menumpang’ kekuatan PAS di Kedah sekiranya parti tersebut berhasrat untuk bekerjasama di negeri itu.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/08/14/1pas-kedah-tengah-kuat-boleh-kalau-umno-nak-tumpang/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button