Berita UtamaDunia

Texas umum kes pertama cacar monyet babitkan kanak-kanak bawah 2 tahun

Keadaan stabil dan hanya mengalami ruam di badan

HOUSTON, 19 Muharam 1444H, Rabu – Seorang kanak-kanak dipercayai menjadi kes jangkitan pertama melibatkan cacar monyet.

Pegawai Tertinggi Harris County, Lina Hidalgo berkata, kanak-kanak tersebut yang berusia di bawah dua tahun telah diuji positif.

Pusat kawalan dan pencegahan Penyakit (CDC) kni sedang menunggu pengesahan terakhir dan akan mengambil masa selama seminggu bagi mengesahkan virus berkenaan.

“Kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik hanya mengalami ruam di badan namun kesihatannya stabil.

“Keluarga kanak-kanak berkenaan telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membuat pengesanan punca penyakit tersebut,” katanya.

Lina bagaimanapun menegaskan pihak hospital kini sedang melakukan pengesanan kontak rapat dengan bantuan keluarga kanak-kanak terbabit.

Malah pihak hospital bersedia menawarkan vaksin kepada ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan kontak rapat.

Katanya, kanak-kanak berkenaan tidak pernah berada di pusat jagaan harian atau sekolah serta tiada ahli keluarga lain yang menghidap virus itu.

Setakat ini, kira-kira 270 kes cacar monyet di kesan di Harris Country. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Back to top button