Berita UtamaDunia

75 maut akibat banjir di Sudan

12,551 rumah runtuh, 20,275 alami kerosakan

KHARTOUM, 19 Muharram 1444H, Rabu – Sekurang-kurangnya 75 orang maut manakala 30 yang lain cedera akibat banjir susulan hujan lebat di Sudan.

Menurut Majlis Pertahanan Awam Kebangsaan negara itu, hujan lebat menyebabkan 12,551 rumah runtuh sementara 20,275 rumah mengalami kerosakan.

Pada Ahad, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, hampir 136,000 rakyat Sudan terjejas akibat banjir dan hujan lebat di negara itu sejak Jun lalu.

Hujan lebat kebiasaannya bermula di Sudan antara Mei dan Oktober dan negara itu menghadapi banjir teruk setiap tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button