Berita UtamaDunia

OIC mahu bincang hak wanita dengan pimpinan Taliban

Syor adakan dialog mengenai sekatan pendidikan, pekerjaan wanita Afghanistan

ANKARA, 20 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk menghantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

Berikutan mesyuarat luar biasa yang dimulakan oleh Turkiye, pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan yang dikenakan oleh Taliban ke atas wanita Afghanistan.

“Kami berusaha menghantar pasukan kedua Ulama ke Afghanistan untuk meneruskan dialog mengenai keputusan melucutkan hak pendidikan dan pekerjaan wanita Afghanistan,” kata Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha pada mesyuarat itu.

Beliau berkata, dialog tersebut akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah yang merampas hak asasi wanita Afghanistan untuk pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.

“Hak-hak ini merupakan keutamaan utama bagi dunia Islam,” katanya.

Bagi pihaknya, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari negara Islam berhubung perkembangan terkini di Afghanistan.

Bulan lalu, kerajaan sementara Taliban melarang wanita daripada memasuki universiti dan bekerja dalam pertubuhan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa serta menyertai aktiviti politik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button