Berita UtamaDunia

Perlembagaan baharu Tunisia bakal beri presiden kuasa lebih besar

Penentang Kais Saied kritik proses lulus perlembagaan, bimbang kuasa tak terkawal

TUNIS, 19 Muharam 1444H, Rabu – Perlembagaan baharu Tunisia yang memberikan presiden kuasa jauh lebih besar akan berkuat kuasa selepas Suruhanjaya Pilihan Raya rasmi mengumumkan keputusan muktamad untuk referendum bulan lalu.

96 peratus undi bersetuju dalam referendum, dengan 31 peratus pengundi mengambil bahagian, sebahagian besarnya tidak berubah daripada keputusan awal yang diumumkan bulan lepas.

Penentang Presiden, Kais Saied berkata, perlembagaan baharu itu akan membongkar keuntungan demokrasi Tunisia daripada revolusi 2011 dengan memberikannya kuasa yang hampir tidak terkawal.

Mereka telah mengkritik proses beliau menulis perlembagaan sebagai menyalahi undang-undang dan unilateral.

Bahkan telah menimbulkan kebimbangan terhadap kesahihan referendum selepas beliau menggantikan lembaga suruhanjaya pilihan raya.

Saied dan penyokongnya berkata, sistem politik perlu berubah untuk menyelamatkan Tunisia daripada kelumpuhan politik selama bertahun-tahun.

Malah, beliau juga telah mempertahankan prosesnya meluluskan perlembagaan.

Minggu lalu, mahkamah menolak bantahan terhadap undian.

Di bawah dekri Saied yang mengumumkan referendum, perlembagaan baharu itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja diterbitkan dalam warta rasmi berikutan pengumuman keputusan akhir.

Penerbitan perlembagaan dijangka berlaku tidak lama lagi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button