Berita UtamaDunia

Rejim haram sekat sumber air, keperluan penduduk Palestin terabai

Petani di Jenin diarah hentikan aktiviti gali telaga

JENIN, 19 Muharam 1444H, Rabu – Pihak berkuasa negara haram Israel mengarahkan petani Palestin di Jenin, Tebing Barat menghentikan segera aktiviti menggali telaga bagi mendapatkan bekalan air bersih.

Sumber memberitahu agensi berita WAFA, rejim haram melancarkan kempen besar-besaran di kawasan pertanian menghalang penduduk meneruskan aktiviti mereka.

Rejim penjajah turut meletakkan pos pemeriksaan di beberapa bandar dan perkampungan di Jenin bagi menghalang pergerakan penduduk Palestin.

Pusat maklumat pertubuhan hak asasi manusia Israel, B’Tselem memaklumkan, negara haram itu bertindak zalim dengan merampas semua sumber air ke wilayah berkenaan sejak 1967 lagi.

Malah, sehingga kini pihaknya mengekalkan kawalan eksklusif ke atas semua sumber air di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean, kecuali di kawasan pantai yang terletak di semenanjung Gaza.

“Rejim haram menggunakan sumber air sesuka hati sehingga penduduk Palestin di Tebing Barat dan semenanjung Gaza berdepan masalah bekalan air yang kritikal.

“Di Gaza pula penduduk dibekalkan air tidak bersih dan tidak boleh diminum,” kata B’Tselem. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button