Berita Utama

RON97 turun 5 sen

RON95, diesel kekal pada RM2.05 dan RM2.15

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1444H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 turun 5 sen daripada RM4.40 kepada RM4.35 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga itu kekal berkuat kuasa dari tengah malam ini hingga 24 Ogos.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button