Berita Utama

Polis tahan suspek gunting Jalur Gemilang di MaTiC

Individu berusia 41 tahun direman esok bagi siasatan lanjut

BANGI, 20 Muharam 1444H, Khamis – Polis menahan seorang individu yang dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan bendera Jalur Gemilang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek ditahan pada jam 12.30 tengah hari, hari ini.

“Individu yang terlibat berusia 41 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Individu tersebut akan direman pada 19 Ogos 2022 bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Pada masa sama, beliau menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat dengan serta-merta ke atas sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 34 saat yang memaparkan seorang lelaki menggunting Jalur Gemilang di akaun tiktok milik @iekakartika_.

Siasatan awal yang dijalankan polis mendapati kejadian tersebut berlaku berdekatan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button