Berita UtamaDunia

China keluar amaran kemarau negara pertama, tergesa selamatkan tanaman terancam

66 sungai merentasi 34 daerah di wilayah barat daya Chongqing kering

SHANGHAI, 21 Muharam 1444H, Jumaat – China mengeluarkan amaran kemarau pertamanya tahun ini ketika pihak berkuasa memerangi kebakaran hutan dan menggerakkan pasukan pakar untuk melindungi tanaman daripada suhu terik merentasi lembangan sungai Yangtze.

‘Amaran kuning’ kebangsaan, yang dikeluarkan lewat Khamis, dibuat selepas wilayah dari Sichuan di barat daya ke Shanghai di delta Yangtze telah mengalami minggu panas melampau, dengan pegawai kerajaan berulang kali menyebut perubahan iklim global sebagai punca.  

Amaran itu adalah kurang dua takuk daripada amaran paling serius pada skala Beijing.

Di salah satu lembangan banjir penting Yangtze di wilayah Jiangxi di tengah China, Tasik Poyang kini telah mengecil kepada satu perempat daripada saiz normalnya pada tahun ini, kata agensi berita Xinhua pada Khamis.

Sebanyak 66 sungai merentasi 34 daerah di wilayah barat daya Chongqing telah kering, kata penyiar negeri CCTV pada hari ini.

Hujan di Chongqing tahun ini turun 60 peratus berbanding norma bermusim dan tanah di beberapa daerah sangat kekurangan kelembapan, kata CCTV, memetik data kerajaan tempatan.

Daerah Beibei, utara pusat bandar Chongqing pula menyaksikan, suhu mencecah 45 darjah Celsius (113 darjah Fahrenheit) pada Khamis, menurut biro cuaca China.

Chongqing menyumbang enam daripada 10 lokasi paling panas di negara itu pada pagi Jumaat, dengan suhu di daerah Bishan sudah menghampiri 39 darjah Celsius. Manakala Shanghai sudah berada pada 37 darjah.

Infrastruktur dan perkhidmatan kecemasan wilayah Chongqing telah mengalami tekanan yang semakin meningkat, dengan anggota bomba berjaga-jaga apabila kebakaran gunung dan hutan meletus di seluruh wilayah itu. Media kerajaan juga melaporkan peningkatan kes strok haba.

Sementara itu, utiliti gas di daerah Fuling juga memberitahu pelanggan, hari ini bahawa mereka akan memotong bekalan sehingga diberitahu kelak kerana berhadapan dengan ‘bahaya keselamatan yang serius’.

Biro pertanian Chongqing juga telah menubuhkan pasukan pakar untuk melindungi tanaman yang terdedah dan mengembangkan penanaman untuk mengimbangi kerugian menjelang musim menuai dan musim luruh.

Kementerian sumber air telah mengarahkan kawasan pertanian yang dilanda kemarau untuk membuat pusingan menentukan siapa yang boleh mengakses bekalan pada bila-bila masa tertentu, untuk memastikan ia tidak kehabisan.

Menurut data daripada Kementerian Kecemasan China lewat Khamis, suhu tinggi pada bulan Julai sahaja menyebabkan kerugian ekonomi langsung sebanyak 2.73 bilion yuan (AS$400 juta), menjejaskan 5.5 juta orang.

Dalam pada itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NMC) memperbaharui amaran merah suhu tingginya pada hari ini, hari ke-30 berturut-turut ia mengeluarkan amaran, katanya di saluran Weibonya.  

Peramal negeri juga meramalkan bahawa gelombang haba semasa hanya akan mula reda pada 26 Ogos.

Agensi cuaca itu berkata dalam buletin hariannya bahawa 4.5 juta kilometer persegi wilayah negara kini mengalami suhu 35 darjah Celsius atau lebih sejak sebulan lalu – hampir separuh daripada jumlah kawasan negara – dengan lebih 200 stesen cuaca mencatat rekod tertinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button