Berita UtamaDunia

Korban hutan terbakar di Algeria kini 37 orang

Jumlah mangsa cedera turut meningkat cecah 183

ALGIERS, 21 Muharam 1444H, Jumaat – Angka kematian akibat kebakaran hutan di Algeria meningkat kepada 37 orang.

Memetik Direktorat Perlindungan Awam Algeria, TV Ennahar melaporkan, jumlah yang cedera juga meningkat kepada 183 orang.

Kebakaran hutan marak di kawasan pergunungan dan ramai mangsa adalah dari wilayah Al Taref dan Setif, di bahagian timur negara yang terbesar di Afrika.

Menurut pegawai, kebanyakan kebakaran hutan telah dipadamkan manakala sebahagiannya terkawal.

Bagaimanapun bomba dan helikopter masih memantau wilayah berkenaan.

Setahun yang lalu, sekurang-kurangnya 65 terbunuh akibat kebakaran hutan di wilayah Kabylie. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button