Berita UtamaDunia

Lebih 11,000 pendatang diselamatkan Turkiye tahun ini

Pengawal pantai temui tujuh mayat, tahan 80 penyeludup

IZMIR, 21 Muharam 1444H, Jumaat – Turkiye menyelamatkan lebih 11,000 pendatang di Laut Aegean dalam tempoh tujuh bulan lalu.

Menurut maklumat yang dikumpulkan dari laman web Komando Pengawal Pantai Turki, pasukan itu menyelamatkan 11,111 pendatang di Laut Aegean antara 1 Januari dan 31 Julai.

Seramai 9,973 pendatang telah ditolak secara haram ke perairan wilayah Turki oleh pengawal pantai Greece, kata pengawal pantai. 

Kira-kira 1,138 yang lain terkandas di Laut Aegean atas pelbagai sebab.

Sejak awal tahun ini, penolakan terbanyak dicatatkan pada Julai dengan 1,933 pendatang terpaksa berundur.

Pasukan itu juga menemui mayat tujuh pendatang dan menahan 80 penyeludup.

Turkiye telah menjadi titik transit utama bagi pencari suaka yang mahu menyeberang ke Eropah untuk memulakan kehidupan baharu, terutamanya mereka melarikan diri dari peperangan dan penganiayaan di Afghanistan serta Syria. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button