Berita Utama

Realitinya majoriti pelajar sekolah vernakular tak fasih bahasa Melayu

Kenyataan Hang Soon dipercayai nak tunjuk konon sekolah vernakular masih relevan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 21 Muharam 1444H, Jumaat – Agak sukar mempercayai kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, kononnya penguasaan bahasa Melayu pelajar sekolah vernakular telah meningkat pada masa ini.

Ini kerana, meskipun tidak semua pelajar, majoritinya dikesan tidak fasih berbahasa Melayu di sekolah vernakular, kata Pengerusi Biro Perpaduan Ummah dan Komuniti Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani.

Menurutnya, ia berikutan pelajar menggunakan bahasa Mandarin ketika belajar termasuk subjek Sejarah yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu.

“Bahkan subjek bahasa Melayu juga diajar dalam jumlah masa yang sangat terhad,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Menceritakan pengalaman beliau ketika menjadi panel hakim dalam pertandingan pidato dan bahas membabitkan sekolah vernakular di peringkat kebangsaan, Kamal Shukri berkata, kebanyakan pelajar yang mengambil bahagian cekap menghafal dan bersedia dengan soalan ramalan.

Katanya, perkara itu dapat dikesan apabila diajukan soalan terbuka kepada peserta, kebanyakan pelajar terpinga-pinga bahkan ada yang tergagap-gagap untuk menjawab.

“Jadi kenyataan kata meningkat itu, saya rasa jumlah mungkin sangat sedikit. Ini berdasarkan komunikasi dan interaksi kita dengan lulusan dan mereka yang sedang belajar.

“Kita percaya perkara ini dikemukakan oleh yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa sekolah vernakular ini masih relevan dan dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik oleh kerana itu ia patut diteruskan dan tiada masalah.

“Itu tujuan sebenar yang kita dapat kesan tetapi realitinya tidak sebegitu,” katanya.

Pautan berkaitan;

Utamakan guru bangsa sendiri punca murid vernakular lemah bahasa Melayu


https://ismaweb.net/2022/08/17/sekolah-vernakular-sukar-lahirkan-murid-cina-fasih-bahasa-melayu/
https://ismaweb.net/2022/08/14/penguasaan-bm-di-sekolah-vernakular-meningkat-apa-bukti-berilah-statistik/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button