Berita UtamaDunia

FIFA jual 2.45 juta tiket untuk Piala Dunia 2022 di Qatar

Piala Dunia dijadualkan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember

DOHA, 22 Muharam 1444H, Sabtu – Badan induk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkata, sebanyak 2.45 juta tiket telah dijual untuk Piala Dunia 2022 yang dijadualkan berlangsung di Qatar.

“Dengan kurang daripada 100 hari lagi untuk bermulanya pertunjukan terhebat di Bumi, sejumlah 2.45 juta tiket kini telah dijual. 

“Piala Dunia FIFA™ pertama yang akan diadakan di Timur Tengah dan dunia Arab akan bermula pada 20 November, membawa peminat dari rantau ini dan seluruh dunia bersama-sama dalam suasana yang padat dan moden,” kata FIFA dalam satu kenyataan di laman web rasminya.

Ia menyatakan, semasa fasa terakhir jualan, yang berlangsung dari 5 Julai hingga 16 Ogos, lebih 520,000 tiket telah dijual.

Ia menunjukkan permintaan besar untuk tiket dari Qatar, Amerika, England, Arab Saudi, Mexico, Emirates, Perancis, Argentina, Brazil dan Jerman.

Pada Julai, FIFA berkata, 1.8 juta tiket telah dijual. 

Terdapat sejumlah tiga juta tiket yang akan disediakan untuk Piala Dunia tahun ini yang dijadualkan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button