Berita UtamaDunia

Banjir di India ragut 50 nyawa

Hujan landa ratusan kampung, penduduk terkandas

LUCKNOW, 23 Muharram 1444H, Ahad – Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di utara dan timur India sejak tiga hari lepas, kata pegawai pada Ahad.

Hujan melanda ratusan kampung, memusnahkan rumah dan menyebabkan penduduk terkandas sementara pasukan penyelamat berusaha memindahkan mangsa yang terselamat.

Awal bulan ini, pejabat cuaca persekutuan meramalkan India berkemungkinan menerima jumlah purata hujan pada Ogos dan September.

Ini menunjukkan hasil tanaman yang baik secara keseluruhan dalam ekonomi ketiga terbesar Asia yang bergantung pada pertanian untuk meningkatkan pertumbuhan dan menjana pekerjaan.

Hujan lebat diikuti tanah runtuh dan banjir di negeri Himalaya Himachal Pradesh sejak tiga hari lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada Reuters.

Di negeri pergunungan yang bersebelahan, Uttarakhand, kenyataan rasmi kerajaan mengatakan bahawa empat maut dan 13 hilang akibat hujan yang berterusan.

“Kami telah mengerahkan helikopter untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di kawasan terpencil akibat kejadian berkaitan hujan. Operasi menyelamat sedang giat dijalankan,” kata pegawai di Jabatan Pengurusan Bencana Uttarakhand, Ranjit Kumar Sinha.

Di negeri timur Odisha, sekurang-kurangnya enam orang maut di tengah-tengah hujan lebat yang berterusan, kata seorang pegawai negeri.

Banjir telah menjejaskan hampir 800,000 orang dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal di Odisha, dengan hujan mengganggu bekalan elektrik dan air, serta merosakkan infrastruktur jalan raya.

Negeri itu telah memindahkan 120,000 orang setakat ini dari kawasan yang terjejas.

Pihak berkuasa di daerah Ramgarh, timur Jharkhand berkata, lima orang telah dihanyutkan oleh perairan sungai Nalkari pada Sabtu.

Pegawai berkata, empat mayat ditemui setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button