Berita Utama

Bukti sudah ada, Rafizi dedah ahli politik terbabit skandal LCS esok

Elak bilis 'dikambinghitamkan' sedangkan jerung terlepas

BANGI, 23 Muharram 1444H, Ahad – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mendedahkan ahli politik yang terbabit dalam penyelewengan wang projek kapal projek kapal tempur pesisir (LCS) esok.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, individu berkenaan boleh dinamakan kerana bukti sudah ada.

“Saya membuat keputusan untuk menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja ‘dikambinghitamkan’ sedangkan jerung-jerung terlepas.

“Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa Alizes Marine Limited adalah syarikat yang ditubuhkan untuk memindahkan wang daripada projek LCS ke akaun-akaun di luar negara.

Dakwanya, syarikat berkenaan juga dinamakan dalam siri pendedahan Paradise Papers dan Panama Papers yang mendedahkan bagaimana syarikat pesisir luar pantai digunakan untuk menyembunyikan wang daripada aktiviti melanggar undang-undang di seluruh dunia.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/08/18/syarikat-palsu-pindah-wang-dari-projek-lcs/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button