Berita UtamaDunia

Mahkamah tangguh usir, tapi gesa keluarga Palestin bayar sewa

Setiap keluarga diperintah bayar $750 ke akaun amanah

BAITULMAQDIS, 28 Rejab 1443H, Rabu – Mahkamah Agung Israel pada Selasa menangguhkan rancangan pengusiran empat keluarga Palestin dari kawasan kejiranan Baitulmaqdis Timur, sementara menunggu penjelasan berhubung tuntutan ke atas rumah mereka.

Sebelum ini, warga Palestin menentang keputusan mahkamah rendah yang memihak kepada peneroka haram.

Keluarga Palestin di situ didakwa tinggal di tanah yang dahulunya milik orang Yahudi di wilayah yang ditawan Israel dalam perang 1967 dan kemudiannya digabungkan dalam satu langkah yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, keluarga itu mempersoalkan kesahihan dokumen pihak yang menuntut.

Mahkamah Agung pula memerintahkan bahawa keluarga itu akan diberikan status penyewa yang dilindungi sehingga Kementerian Kehakiman Israel memutuskan siapa yang mempunyai hak ke atas rumah tersebut.

Mereka perlu membayar sewa tahunan yang dikurangkan kepada kira-kira AS$750 (RM3,147) setiap satu keluarga ke dalam akaun amanah, dengan wang itu akhirnya akan diberikan kepada sesiapa yang memenangi hak pemilikan.

Tiada garis masa diberikan untuk perkara itu, bagaimanapun keputusan berkenaan dijangka mengambil masa bertahun-tahun.

Tanggungjawab Kementerian Kehakiman Israel untuk menyelesaikan perkara itu akan melibatkan kerajaan Perdana Menteri, Naftali Bennett, yang gabungannya termasuk parti Islam Arab – ditubuhkan selepas ketegangan Sheikh Jarrah membantu mencetuskan perang Gaza Mei lalu. – Agensi

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/02/23/mahkamah-israel-tangguh-pengusiran-keluarga-palestin-di-sheikh-jarrah/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button