Dunia

Israel beku sementara tempoh tahanan Khalil Awawdeh

Tahanan Palestin tetap teruskan mogok hingga dibebas sepenuhnya

RAMALLAH, 23 Muharram 1444H, Ahad – Mahkamah tentera Israel pada Jumaat menangguhkan sementara penahanan pentadbiran tahanan Palestin, Khalil Awawdeh untuk membolehkannya menerima rawatan perubatan.

Keputusan itu dibuat berikutan keadaan kesihatan Khalil yang semakin merosot selepas enam bulan hidup tanpa makanan.

Mahkamah tentera Israel yang membekukan penahanannya kerana kemerosotan kesihatan berkata, tempoh itu akan bersambung semula sebaik keadaannya bertambah baik.

Peguam Khalil, Ahlam Haddad berkata, anak guamnya akan meneruskan mogok selama 168 hari sehingga dia dibebaskan sepenuhnya.

Israel mendakwa, Khalil, 40, adalah ahli kumpulan pengganas dan tuduhan itu dinafikan serta tiada pertuduhan rasmi pernah dikenakan ke atasnya.

Jihad Islam Palestin menuntut pembebasan Khalil sebagai sebahagian daripada gencatan senjata yang diusahakan Mesir bagi menamatkan serangan tiga hari Israel di Semenanjung Gaza awal bulan ini.

Serangan kejam itu membunuh sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, selain mencederakan 360 yang lain.

Awal minggu ini, mahkamah tentera Israel menolak rayuan untuk membebaskan Khalil, yang telah merayu ke Mahkamah Agung – dijangka meneliti rayuan itu pada Ahad.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button