Berita UtamaDunia

OIC kecam tindakan bakar al-Quran di Sweden

Pemimpin anti-Islam dilarang masuk Sweden selama dua tahun

JEDDAH, 12 Muharram 1442H, Isnin – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam tindakan biadab pembakaran kitab al-Quran di Malmo, Sweden, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan itu menganggap perbuatan itu sebagai hasutan dan provokasi, selain bertentangan dengan usaha global memerangi ekstremisme serta menyemarakkan kebencian antara agama.

Sebelum ini, satu salinan al-Quran dibakar oleh penyokong pemimpin rasis Denmark, Rasmus Paludan pada Jumaat.

Paludan adalah pemimpin kumpulan Anti-Islam Tight Direction (Stram Kurs).

Satu perhimpunan haram diadakan secara agresif dan ganas serta mengakibatkan beberapa anggota polis cedera.

Kira-kira 10 peserta perhimpunan itu berjaya ditangkap, malah pihak polis turut melarang Paludan daripada memasuki Sweden selama dua tahun.

Sementara itu, badan yang memantau insiden Islamofobia di seluruh dunia, OIC Islamophobia Observatory menyambut baik tindakan diambil oleh pihak berkuasa Sweden ke atas pihak yang membakar kitab suci umat Islam.

Badan itu dalam satu kenyataaan meminta umat Islam di Sweden untuk menghindari segala bentuk keganasan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button