Dunia

Nyawa wartawan, media di Palestin terancam

175 kes wartawan ditangkap, 80 kes serangan fizikal oleh rejim haram

RAMALLAH, 23 Muharram 1444H, Ahad – Sejumlah 479 kes pencabulan hak terhadap pengamal media Palestin direkodkan sepanjang separuh pertama tahun ini, kata Sindiket Wartawan Palestin (PJS) dalam satu laporan semalam.

Menurut laporan itu, pasukan pendudukan Israel bertanggungjawab atas sekurang-kurangnya 479 pencabulan hak media dan wartawan di Palestin termasuk pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh.

PJS berkata, sebanyak 175 kes pelanggaran yang didokumentasikan adalah membabitkan penahanan wartawan dan menghalang liputan.

Laporan itu juga mendokumenkan 80 kes serangan fizikal oleh tentera pendudukan Israel dan 65 kes serangan yang dilakukan puak peneroka.

“Peningkatan dalam serangan oleh peneroka Israel terhadap wartawan Palestin di bawah perlindungan tentera adalah luar biasa dan meluas.

“Pengamal media di Palestin bertugas di bawah serangan. Kami memperbaharui gesaan kepada organisasi antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Ia berkaitan tindakan tegas untuk menghentikan sasaran serangan ke atas wartawan,” kata PJS.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button