Berita Utama

Padah ponteng solat Jumaat, 3 lelaki ditahan

Boleh didenda maksimum RM3,000, penjara hingga 2 tahun

BANGI, 23 Muharram 1444H, Ahad – Padah memonteng solat Jumaat, tiga lelaki berusia 19 hingga 45 tahun ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kelmarin.

Kesemua mereka ditahan oleh 15 pegawai penguatkuasa syariah wanita daripada Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Marang ketika melepak di kawasan kolam memancing pada waktu solat Jumaat.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md Adnan Abdullah berkata, risikan mendapati mereka menunggu di luar kolam memancing itu dari bermula waktu masuk sehingga selepas solat Jumaat.

“Sewaktu ditahan, kesemua lelaki berkenaan sedang berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar kolam memancing itu,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Beliau berkata, tiga lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016.

Di bawah peruntukan itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button