Berita Utama

Tun M dakwa Najib punca orang Melayu tak malu mencuri

Sampai boleh cium tangan asal boleh dapat duit, jawatan

BANGI, 23 Muharram 1444H, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu kini tidak lagi malu menerima pencuri, perasuah sebagai pemimpin selagi boleh mendapat duit dan jawatan.

Beliau berkata, dahulunya orang Melayu memandang rendah kepada pencuri, bahkan malu jika ada ahli keluarga yang terbabit jenayah dengan mencuri.

Bagaimanapun, beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menterbalikkan orang Melayu kerana menanam pendapat bahawa tidak perlu malu jika mencuri.

“Dia bos. Dia boleh mencuri. Kalau bos tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.

“Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit, boleh dapat jawatan. Apa nak malu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas sebab itu, Dr Mahathir berkata, ramai orang Melayu kini sudah tidak malu sekalipun terkenal sebagai perasuah atau pencuri.

“Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu.

“Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu,” katanya.

Dr Mahathir berkata, itulah kejayaan terbesar Najib iaitu membuat orang Melayu sudah lagi tidak malu dengan perbuatan mencuri.

“Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu.

“Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu. Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button