Berita Utama

Parti Melayu-Islam disaran bentuk pakatan, pastikan PH kecundang

Kurangkan serang-menyerang sesama sendiri

BANGI, 30 Muharam, 1444H, Ahad – Parti-parti politik Melayu-Islam perlu meneroka ruang yang masih bersisa untuk melakukan pakatan pilihan raya.

Langkah itu dilihat wajar bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Selain itu, mereka juga mesti mengurangkan serang-menyerang sesama sendiri, kata Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

“Kita ada tempoh beberapa bulan lagi untuk hadapi PRU15.

“Kita boleh sahaja terus menyerang parti-parti Melayu-Islam yang lain, dan menutup semua pintu kerjasama yang boleh mengelakkan pertembungan tiga penjuru di semua negeri dan semua kerusi. Natijahnya PH boleh kembali berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan parti-parti politik Melayu-Islam mengadakan pakatan pilihan raya di negeri dan kerusi tertentu.

“Dengan kehendak Allah, PH akan kecundang kali ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button