Berita UtamaDunia

16 maut nahas lori bertembung bas di Russia

Pihak berkuasa arahkan siasatan segera dilakukan

MOSCOW, 24 Muharram 1444H, Isnin – Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas sebuah lori bertembung dengan bas mini di wilayah Ulyanovsk Russia.

Kementerian Dalam Negeri Ulyanovsk berkata, menurut data awal, pemandu kenderaan barangan berat tidak memperlahankan kenderaan dan melanggar bas mini yang tidak bergerak.

“Bas mini itu tersepit di antara dua lori,” katanya.

Kerja selenggara jalan raya di tempat kejadian menunjukkan bas mini berkenaan sedang menunggu dalam barisan untuk bergerak.

Agensi berita TASS melaporkan, jawatankuasa penyiasat Russia membuka siasatan jenayah berhubung kemalangan itu.

Katanya, pemandu lori berkenaan adalah antara yang terbunuh.

Sementara tiga yang lain – dua lelaki dan seorang wanita – dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Pelanggaran peraturan keselamatan jalan raya adalah perkara biasa di Russia, di mana beberapa kemalangan maut bas berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari, lima orang terbunuh dan 21 cedera dalam nahas bas di wilayah Ryazan, 270km (170 batu) di selatan Moscow.

Pada Disember 2019, sebuah bas yang membawa 40 penumpang terjunam ke dalam sungai di wilayah Zabaikalsk di Siberia, membunuh 19 orang dan mencederakan 21 yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button