Dunia

Banjir besar landa 6 negeri, Sudan isytihar darurat

Usaha dapatkan bantuan kemanusiaan dalaman dan luar negara

KHARTOUM, 24 Muharram 1444H, Isnin – Majlis Menteri Sudan mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga dan darurat susulan bencana banjir yang melanda enam negeri.

Ia membabitkan Sungai Nil, Gezira, Nil Putih, Kordofan Barat, Darfur Selatan dan Kassala.

Majlis menteri menekankan kepentingan menggerakkan usaha mendapatkan bantuan kemanusiaan dalaman dan luar daripada badan rasmi serta menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas di negeri-negeri.

Mesyuarat Kabinet mengarahkan Majlis Pertahanan Awam Negara menyelaras bersama jawatankuasa Majlis Kedaulatan melalui cawangannya di negeri-negeri, termasuk membabitkan peruntukan diperlukan, bantuan dari dalam dan luar serta pertubuhan kemanusiaan.

Pemangku Menteri Hal Ehwal Kabinet, Osman Hussein Osman mengesahkan pembukaan akaun dalam mata wang tempatan dan asing untuk menarik bantuan, selain bersama dengan mangsa yang terjejas di negeri-negeri akibat hujan lebat serta banjir.

“Kami mengumumkan pengemblengan usaha untuk membantu mereka yang terjejas dan mengukuhkan sistem amaran awal serta susulan bagi mengelakkan potensi kerosakan teruk.

“Ini termasuk dalam sektor kesihatan dan pendidikan, kerosakan sekolah dan institusi yang memerlukan campur tangan segera,” katanya.

Sementara, Pemangku Menteri Dalam Negeri, Leftenan Jeneral Annan menegaskan bahawa kerugian terhad kepada enam negeri terutamanya Sungai Nil, Gezira, Nil Putih, Kordofan Barat dan Kassala.

“Kami telah mengagihkan semua bekalan dan bantuan kemanusiaan, dan akan meninjau keadaan negeri-negeri terjejas nanti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button