Berita Utama

LCS: Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya, kata Abdul Latiff

Tular berita nama berkenaan adalah isteri menteri tersebut

KUALA LUMPUR, 24 Muharam 1444H, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri beliau seperti yang disebut dalam satu laporan berita tular dikaitkan dengan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Abdul Latiff berkata sebagai Anggota Kabinet, beliau sedia memberi kerjasama penuh jika pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya sepertimana yang dinyatakan dalam berita tersebut,” kata Ahli Parlimen Mersing itu menerusi kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Zainab, yang merupakan isteri kedua Abdul Latiff, mempunyai kaitan dengan penyelewengan projek LCS.

Rafizi mendakwa Zainab adalah pemilik syarikat Alizes Marine Limited yang dikaitkan dengan isu LCS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button