Dunia

Mahkamah Israel tolak rayuan ke-2 Khalil Awawdeh

Rejim haram beri alasan tangguh pembebasan hingga tahanan pulih

RAMALLAH, 24 Muharram 1444H, Isnin – Mahkamah Agung Israel pada Ahad menolak permohonan rayuan yang dikemukakan untuk pembebasan tahanan Palestin, Khalil Awawdeh meskipun keadaan kesihatannya semakin merosot akibat mogok lapar selama 172 hari.

Menurut Peguam Khalil, Ahlam Hadad, mahkamah menolak rayuan menuntut pembebasan segera anak guamnya, namun mengesahkan keputusan membekukan sementara penahanan pentadbiran ke atasnya.

Mahkamah Israel beranggapan bahawa keputusan ‘penangguhan’ penahanan adalah sesuai untuk keadaan Khalil, dan menekankan pelaksanaan syarat di mana urusan harus sama seperti pesakit di hospital termasuk dibenarkan menerima pelawat tanpa diskriminasi.

Khalil sepatutnya dibebaskan pada 15 September, manakala peguamnya mengemukakan permohonan pembebasan segera kepada mahkamah supaya dia penahanannya berakhir lebih awal iaitu 1 September.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan itu selepas Shin Bet memfailkan maklumat sulit kepada hakim.

Pesatuan Banduan menjelaskan bahawa keputusan untuk ‘membekukan’ penahanan Khalil dibuat berdasarkan data perubatan dan laporan daripada hospital yang menunjukkan risiko kepadanya.

Namun, jika keadaan kesihatannya bertambah baik dan tahanan memutuskan untuk meninggalkan hospital, tempoh penahanan pentadbirannya akan diaktifkan serta-merta.

Khalil kini ditahan di hospital Israel, dengan tangannya bergari di katil berikutan kesihatannya yang semakin merosot akibat mogok lapar terlalu lama.

Rakyat Palestin percaya keputusan penggantungan itu adalah satu helah untuk meminta banduan itu menamatkan mogok laparnya sebelum mengembalikan semula perintah tahanan pentadbiran.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button