Berita Utama

Malaysia jangan sesekali ikut Singapura terima LGBTQ

Jangan gadai nilai negara kerana tekanan Amerika Syarikat

BANGI, 24 Muharram 1444H, Isnin – Pemimpin Malaysia jangan sesekali menggadaikan nilai negara dengan tunduk kepada sebarang tekanan daripada pihak asing, terutama Amerika Syarikat (AS).

Ini termasuklah membenarkan dan menormalisasi amalan serta budaya songsang seperti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

Perkara itu disuarakan Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Beliau menegaskan perkara itu susulan merujuk keputusan negara jiran, Singapura yang memansuhkan undang-undang berkaitan gay dan menghapuskan jenayah seks sesama lelaki.

“Kerajaan akan memansuhkan s3777A dan menghapuskan jenayah seks antara lelaki. Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan kebanyakan rakyat Singapura kini akan menerimanya. 

“Ini akan membawa undang-undang selaras dengan adat istiadat sosial semasa dan saya berharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada gay di Singapura,” kata Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong di Twitter.

Mengikut undang-undang itu, mana-mana lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan keterlaluan dengan lelaki lain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun.

Menerusi perkongsian Prof Rafidah di Facebooknya, keputusan Singapura itu dibuat selepas Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi melawat negara berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Tangkap layar yang dikongsikan Prof Rafidah itu mendakwa, Pelosi meminta kumpulan peniaga asing untuk menyokong komuniti LGBTQ tempatan, memandangkan lebih banyak syarikat dari AS menubuhkan pejabatnya di Singapura.

Menurut Prof Rafidah, Speaker Dewan Perwakilan AS itu juga ada melawat Malaysia baru-baru ini.

“Pemimpin Malaysia jangan sekali-kali menggadaikan nilai kita atas tekanan USA,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button