Artikel Khas

Negara hadapi barah integriti

Kek ekonomi turut dimonopoli kuasa asing, taikun Cina, elitis Melayu yang korup

1. EKONOMI Malaysia hanya mampu dipacu untuk manfaat rakyat oleh pemimpin yang berwibawa, berhikmah dan sayangkan tanah air (watan).

2. Bagi rakyat biasa ia satu topik yang amat sukar dan jarang dibincangkan, apatahlagi untuk difahami. Terma-terma seperti GDP, fiscal deficit, inflation rate, national debt, international reserve, employability dan proverty adalah amat janggal dan mengelirukan.

3. Setiap tahun, ekonomi negara dilaporkan berkembang. Tapi di kedai kopi, padang, surau masjid rakyat sentiasa membicarakan isu kemiskinan, gaji rendah, harga barang mencanak naik, anak tak dapat kerja dan lain-lain isu yang berkaitan ekonomi dan kos sara hidup.

4. Apa masalahnya? Kenapa ekonomi berkembang tapi rakyat tetap terhimpit?

5. Begini. Hasil ekonomi ini boleh dianalogikan seperti kek. Nak buat kek kita perlukan bahan seperti tepung, marjerin, telur, air, serbuk penaik dan coklat. Makin banyak bahannya, makin besar kek boleh dihasilkan.

6. Begitu juga dengan kemajuan ekonomi yang memerlukan beberapa ramuan asas seperti tanah, hasil bumi, modal insan serta modal kewangan. Makin banyak elemennya, makin tinggi pencapaian ekonomi yang dihasilkan.

7. Malaysia amat kaya dengan semua ramuan ini (tanah, hasil bumi, penduduk dan modal kewangan/capital). Sebagai contoh, jumlah nilai keseluruhan sumber mineral bagi Malaysia ialah RM4.11 trillion. Rizab antarabangsa USD103 billion dan simpanan emas RM4 billion.

8. Tidak dinafikan, sejak merdeka para pemimpin negara kita mampu membangunkan ekonomi dengan begitu baik. Dengan bantuan para pakar ekonomi, mereka berjaya menghasilkan kek yang besar (wealth generation). Tapi masalah sebenar negara kita ialah pembahagian kek itu tidak telus/sama rata (wealth distribution).

9. Negara kita menghadapi barah integriti. Rasuah dan salah laku berleluasa menyebabkan walaupun kek ekonomi besar, tapi yang sampai ke tangan rakyat amatlah kecil. Selebihnya kek ekonomi dimonopoli oleh kuasa asing, taikun Cina dan elitis Melayu yang korup.

10. Sebaliknya jika kita mampu melantik pemimpin yang berwibawa, mereka pasti mempunyai aspirasi bagi membangunkan ekonomi Malaysia yang kuat, maju dan mandiri.

11. Ia bakal menatijahkan rakyat berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah. Ia juga menjadi asas kepada keselamatan makanan, k-ekonomi dan industri pertahanan sebagai sumber pendapatan negara.

12. Para pemimpin yang berwibawa (qawiy dan amin) ini pasti mampu melakukan perubahan yang total. Mengurus ekonomi negara dengan jujur dan memulangkan 100% kek yang dihasilkan kembali kepada rakyat yang amat memerlukan

13. Kita perlu berubah. Demi masa depan ekonomi negara yang lebih baik!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim Mohamad
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button