Berita Utama

Pemimpin tertinggi UMNO bertemu PM di Seri Perdana malam ini?

Susulan ketiadaan PM dalam pertemuan tergempar pagi tadi

BANGI, 24 Muharam 1444H, Isnin – Pemimpin tertinggi UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana, Putrajaya, malam ini.

Ia dibuat selepas perdana menteri tidak hadir pada pertemuan tergempar yang dihadiri lebih 100 pimpinan UMNO di ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Malam ini dijangka pemimpin tertinggi UMNO termasuk lima pimpinan tertinggi mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di kediaman rasmi.

“Ia susulan ketiadaan perdana menteri dalam pertemuan tergempar Ketua UMNO Bahagian bersama pucuk pimpinan parti hari ini.

“Dalam pertemuan mesyuarat tergempar yang disertai Ketua UMNO Bahagian bersetuju supaya PRU15 diadakan secepat mungkin,” kata sumber dalaman yang dipetik portal, hari ini.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan pertemuan dengan pemimpin tertinggi UMNO masih tiada dalam jadual perdana menteri.

Ismail Sabri dijadualkan menghadiri majlis makan malam di satu lokasi di luar Putrajaya.

Terdahulu, di dalam pertemuan tergempar pagi tadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, 158 Ketua UMNO Bahagian bersetuju supaya PRU15 diadakan secepat mungkin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button