Berita Utama

Pemuda ISMA sertai persidangan Al-Quds dan Palestin di Turkiye

Berpeluang dengar perkongsian strategi pembebasan Palestin

BANGI, 24 Muharam 1444H, Isnin – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan antara delegasi Malaysia yang menyertai Persidangan Belia Antarabangsa Penyokong Al-Quds dan Palestin kali ke-3 di Ankara, Turkiye.

Persidangan yang berlangsung semalam itu diwakili oleh Ketua Pemuda ISMA, Arifin Manan dan Naib Ketua Pemuda ISMA, Mohd Soufi Anual.

Menerusinya, satu perbincangan khas antara semua delegasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia turut diadakan dengan penganjur.

Penganjur utama persidangan itu adalah Global Coalition of Youth and Sports for Quds and Palestine (GCYSP).

“Pemuda Ummah Adalah Nadi Al-Quds! Begitulah slogan untuk persidangan antarabangsa kali ini,” menurut hantaran di Facebook Pemuda ISMA, hari ini.

Pemuda ISMA memaklumkan, persidangan bertujuan menyemai kesedaran umat khususnya anak muda tentang isu Al-Quds serta membina jaringan hubungan dengan sahabat NGO luar negara.

Katanya lagi, di dalam persidangan itu, Pemuda ISMA berpeluang mendengar perkongsian beberapa strategi berkenaan pembebasan Palestin.

“Apa pun yang dilaksana dan dirancang, kuasa itu perlu direbut kembali. Bukan sahaja kuasa tampuk pimpinan satu negara, malah ia perlu merentasi kuasa global yang wujud.

“Tanpa cita-cita untuk kuasa itu diambil semula, selama-lamanya kita akan tersimpuh di takuk yang lama.

“Semoga perbincangan ini menjadi realiti yang akan membebaskan Palestin pada satu hari nanti. Insya-Allah. Takbir!,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button