Berita Utama

UMNO mesyuarat tergempar babitkan ketua bahagian

Sehingga kini intipati mesyuarat belum dapat dipastikan

KUALA LUMPUR, 24 Muharram 1444H, Isnin – UMNO mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua Bahagian di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Mesyuarat yang dipercayai bermula 12.30 tengah hari itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disertai Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Antara yang dilihat di lobi Menara Dato Onn itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin  dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pengamal media mula berkumpul di lobi ibu pejabat parti itu seawal 11 pagi berikutan tular mesej memanggil ketua-ketua bahagian UMNO hadir mesyuarat tergempar berkenaan.

Menurut mesej tersebut, Ahmad Zahid dan Mohamad Hasan meminta Ketua-Ketua Bahagian menghadiri pertemuan khas berhubung satu perkara amat penting demi masa depan parti.

Sehingga kini inti pati mesyuarat itu belum dapat dipastikan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button