Dunia

Ribut Ma-On: Filipina tutup pejabat kerajaan, sekolah

Penutupan selama dua hari babit Manila, beberapa wilayah utara

MANILA, 25 Muharam 1444H, Selasa – Filipina mengumumkan penutupan pejabat kerajaan dan sekolah awam selama dua hari berikutan ribut tropika Ma-On yang menyebabkan hujan lebat.

Presidennya, Ferdinand Marcos Jr memaklumkan, penutupan itu membabit Manila dan beberapa wilayah lain di negara ini.

Setiausaha Akhbar Ferdinand, Trixie Angeles berkata, arahan presiden itu meliputi Metro Manila – yang terdiri daripada 16 bandar – wilayah Laguna, Cavite, Rizal, Bulacan, Zambales dan Bataan.

“Hujan lebat berkemungkinan membawa risiko kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, biro cuaca negeri berkata, ribut bertambah kuat dengan kelajuan angin sehingga 110 kilometer sejam (kmj) melanda wilayah utara Filipina pada Selasa.

Menurut biro cuaca, puluhan wilayah utara juga mungkin terjejas ribut dan memberi amaran kemungkinan lebih banyak hujan lebat, angin kencang, banjir serta tanah runtuh berisiko berlaku.

“Ribut itu berkemungkinan lemah apabila merentasi negara, dan hanya menjadi kuat menjadi taufan di Laut China Selatan pada malam Rabu,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button