Berita UtamaDunia

98 rakyat Afghanistan terima geran status pelarian dari Jepun

Tak pernah berlaku sebelum ini kepada negara yang tiada rekod pemberian suaka

TOKYO, 26 Muharam 1444H, Rabu – Kira-kira 98 rakyat Afghanistan termasuk pekerja yang berkhidmat di Kedutaan Jepun di Kabul bersama keluarga, menerima status geran pelarian selepas melarikan diri tahun lalu.

Kesemua mereka adalah yang melarikan diri ke Jepun sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lalu.

Selain bersama ahli keluarga masing-masing, pekerja agensi kerjasama antarabangsa dan beberapa syarikat lain antara yang diberikan status pelarian.

Pengiktirafan Jepun kepada pelarian Afghanistan, tidak pernah berlaku sebelum ini khususnya negara yang tiada rekod pemberian suaka.

Dilaporkan, mungkin lebih ramai rakyat Afghanistan yang akan diterima sebagai pelarian di Jepun selepas ini.

Lebih menarik, sekiranya memenuhi kriteria ditetapkan, pelarian Afghanistan di Jepun juga berpeluang mendapat status penduduk tetap selepas lima tahun menetap di negara itu.

Dianggarkan lebih 800 rakyat Afghanistan berpindah ke Jepun sejak taliban mengambil alih pentadbiran negara pada 15 Ogos 2021. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button