Berita Utama

Najib ke mahkamah esok selepas dua hari di penjara

Hadiri bicara kes penyelewengan dana RM2.28 bilion dari 1MDB

KUALA LUMPUR, 26 Muharam 1444H, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan hadir di Kompleks Mahkamah di sini esok bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Kes itu melibatkan pengubahan wang haram dana berjumlah RM2.28 bilion yang akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Kehadiran Najib itu akan menjadi kemunculan pertamanya selepas dua hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Manakala pada Jumaat ini, Najib sekali lagi akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang, lapor akhbar tempatan.

Selain kes tersebut, Najib masih mempunyai dua lagi kes yang masih belum berjalan iaitu kes pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dan kes membabitkan Najib dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion.

Pautan berkaitan:

Najib akan jalani hukuman penjara mulai hari ini

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button