Berita UtamaDunia

15 maut, 50 cedera Russia serang stesen kereta api Ukraine

Zelenskiy beri amaran sambutan kemerdekaan mungkin diganggu

KYIV, 27 Muharam 1444H, Khamis – Sekurang-kurangnya 15 penumpang maut manakala 50 yang lain cedera dalam serangan roket Russia di sebuah stesen di timur Ukraine pada Rabu.

Dalam ucapan video kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy berkata, roket itu mengenai kereta api di bandar kecil Chaplyne, kira-kira 145 km (90 batu) barat Donetsk.

“Empat gerabak penumpang terbakar. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15 terbunuh dan kira-kira 50 orang cedera.

“Penyelamat sedang berusaha, tetapi malangnya, angka kematian dijangka meningkat,” katanya.

Ukraine menandakan hari kemerdekaannya pada Rabu dan Zelenskiy telah memberi amaran lebih awal bahawa Russia mungkin cuba mengganggu perayaan itu.

Russia telah berulang kali menafikan tenteranya menyasarkan sasaran awam.

Pada April lalu, sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila peluru berpandu Russia mengenai stesen kereta api di bandar Kramatorsk, kata pegawai Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button