Berita UtamaDunia

Kes pembunuhan Abe: Ketua Polis Jepun letak jawatan

Sedar perlu permulaan baharu, rombak hal ehwal kakitangan

TOKYO, 27 Muharam 1444H, Khamis – Ketua Agensi Polis Kebangsaan Jepun berkata, beliau akan meletak jawatan untuk bertanggungjawab atas pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Itaru Nakamura ialah pegawai paling kanan meletak jawatan berhubung pembunuhan Abe yang berlaku pada perhimpunan kempen di bandar Nara pada 8 Julai lalu.

Nakamura berkata, keputusan itu adalah satu keperluan untuk ‘permulaan baharu’ bagi organisasi dan tugas keselamatannya.

“Dalam proses menjalankan pelan keselamatan baharu kami, kami telah menyedari bahawa tugas keselamatan kami memerlukan permulaan baharu.

“Hari ini, saya menyampaikan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan hasrat saya untuk meletakkan jawatan, dalam usaha untuk merombak hal ehwal kakitangan,” kata Nakamura pada sidang akhbar.

Peletakan jawatannya dijangka diluluskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Aspek keselamatan di Nara pada hari tembakan dikritik dan dilihat sebagai tidak mencukupi, kata pakar.

Pengawal peribadi boleh menyelamatkan Abe dengan melindungi atau menariknya dari garisan tembakan dalam masa 2.5 saat antara tembakan pertama yang terlepas dan tembakan kedua membawa maut, lapan pakar keselamatan menyemak rakaman itu memberitahu Reuters.

Ketua Polis Nara, Tomoaki Onizuka juga meletak jawatan.

“Sebagai ketua polis yang mempunyai tanggungjawab keselamatan di wilayah ini, saya amat menyedari tanggungjawab saya untuk menyebabkan situasi yang serius,” katanya pada sidang akhbar.

Pegawai Jepun termasuk Perdana Menteri, Fumio Kishida telah mengakui kelemahan dalam keselamatan sekitar penampilan Abe pada acara kempen pilihan raya.

Agensi polis negara sebelum ini memberitahu Reuters bahawa pembunuhan itu adalah akibat kegagalan polis menunaikan tanggungjawab mereka, sambil menambah bahawa ia telah menubuhkan pasukan untuk mengkaji langkah keselamatan dan perlindungan serta membangunkan langkah pencegahan.

Pembunuh yang disyaki ditahan di tempat kejadian sejurus selepas tembakan, sedang menjalani penilaian psikiatri, lapor media Jepun bulan lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button