Berita UtamaDunia

Pemain catur Lubnan enggan berdepan lawan dari negara haram Israel

Nadia Fawaz bersolidariti dengan rakyat Palestin yang tertindas

ABU DHABI, 27 Muharam 1444H, Khamis – Seorang pemain catur remaja Lubnan menarik diri daripada festival antarabangsa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengelak bermain menentang lawan dari negara haram Israel.

Nadia Fawaz enggan berdepan pemain Israel, Elijah Grosman dalam pusingan keempat Festival Catur Antarabangsa Abu Dhabi ke-28 selepas memenangi perlawanannya menentang Wafa Yacoub dari Brunei, Ziad Saleh Abdali dari Arab Saudi dan Wafia Darwish Al-Maamari dari UAE.

Menurut Ketua Persekutuan Catur Lubnan, Khaled Bdeih, Fawaz membuat keputusan itu sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin yang tertindas.  

Dia juga merasakan keperluan untuk mengkritik negara-negara Arab yang telah menormalkan hubungan mereka dengan negara pendudukan Israel.

Atlet Arab lain telah mengambil sikap yang sama terhadap normalisasi hubungan dengan negara haram itu.  

Awal bulan ini, sebagai contoh, dua pemain tenis kerusi roda Iraq menarik diri daripada kejohanan antarabangsa di Romania untuk mengelak bermain menentang lawan Israel.  

Pada Januari, pemain tenis Kuwait berusia 14 tahun Muhammad Al-Awadi menarik diri daripada Kejohanan Tenis Dubai selepas dia dijadualkan berdepan pemain Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button