Berita UtamaDunia

Ekonomi Turki berkembang 7.5 peratus Q2, perlahan pada H2

Eksport kukuh, permintaan domestik yang teguh dorong perkembangan

ANKARA, 28 Muharam 1444H, Jumaat – Ekonomi Turkiye berkembang 7.5 peratus pada suku kedua 2022, manakala ramalan pertumbuhan setahun berada pada 4 peratus, menunjukkan penurunan aktiviti ekonomi separuh kedua tahun ini, lapor Reuters.

Menurut laporan, ekonomi negara itu berkembang 7.3 peratus tahun ke tahun pada suku pertama, didorong oleh prestasi kukuh, eksport kukuh dan permintaan domestik yang teguh. Ia dijangka mengekalkan prestasi kukuh pada suku kedua.

Program ekonomi baharu Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengutamakan pertumbuhan dan eksport, sambil menyasarkan untuk menangani inflasi dengan menampung defisit akaun ketika krisis, bukannya kenaikan kadar.

Di bawah pelan Erdogan juga, lira turun 44 peratus berbanding dolar dan susut 27 peratus lagi setakat tahun ini, menaikkan inflasi ke paras tertinggi kepada hampir 80 peratus pada bulan Julai.

Walaupun pemotongan kadar bertujuan untuk merangsang ekonomi, penganalisis meramalkan bahawa aktiviti boleh menjadi dingin pada separuh kedua tahun ini.

Ia disebabkan oleh aliran permintaan menurun dan kelembapan ekonomi yang dari rakan perdagangan terbesar Turki.

Anggaran median 13 ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters untuk pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan pada suku kedua berjumlah 7.5 peratus, dalam julat 5 peratus dan 8.7 peratus.

Pertumbuhan setahun penuh adalah lebih rendah, dengan anggaran median 18 ahli ekonomi berada pada 4.05 peratus dan ramalan antara 3.3 peratus dan 5 peratus.

Bank pusat Turki memetik tanda-tanda kelembapan pada suku ketiga minggu lepas apabila mengejutkan pasaran dengan mengurangkan kadar dasar sebanyak 100 mata asas kepada 13 peratus.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Nureddin Nebati berkata, beliau menjangkakan pertumbuhan pada suku kedua meningkat lebih tinggi daripada 7.3 peratus yang dicatatkan pada suku pertama.

Institut Statistik Turki dijangka mengumumkan keputusan pertumbuhan suku kedua pada 31 Ogos. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button